Sony Tablet™ S : Sony Tablet™ : Sony Malaysia

•February 28, 2012 • Leave a Comment

SGPT112MY : Sony Tablet™ S : Sony Tablet™ : Sony Malaysia.

Advertisements

•December 16, 2010 • Leave a Comment


Get SuearPlace chat group | Goto SuearPlace website

Digital Photo – Get The Right Light | DPmag.com

•September 9, 2009 • Leave a Comment

Digital Photo – Get The Right Light | DPmag.com

Shared via AddThis

2008 ASB Dividends Announcement

•December 16, 2008 • Leave a Comment

dn_01_1KUALA LUMPUR 15 Dis. Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak tujuh sen dan bonus 1.75 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2008, menjadikan pulangan keseluruhan 8.75 sen seunit.

 

Jumlah pengagihan pendapatan ASB adalah lebih rendah berbanding tahun lalu yang berjumlah lapan sen tetapi pembayaran bonus, sebaliknya meningkat 0.75 sen seunit daripada satu sen sebelumnya.

PNB pernah mengumumkan pengagihan pendapatan dan bonus tertinggi berjumlah 11.25 sen pada 2000, yang mana 9.75 sen bagi agihan pendapatan, manakala dua peratus adalah bonus.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pengagihan pendapatan ASB, dana amanah berharga tetap RM1, itu dibuat berdasarkan situasi ekonomi semasa negara.

“Tahun kewangan 2008 merupakan tahun kewangan yang mencabar bagi pengurus pelaburan dana ASB berikutan krisis kewangan serta kredit dan sebagai sebuah pasaran terbuka, ekonomi dan pasaran saham Malaysia juga turut terjejas.

“Meskipun demikian, melalui strategi pelaburan yang berhemat, ASB masih mampu menjana pendapatan yang memberangsangkan,” katanya pada sidang akhbar untuk mengumumkan pengagihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman yang turut hadir berkata, PNB sebenarnya mampu membuat agihan pendapatan ASB sebanyak 11 peratus pada tahun ini.

Bagaimanapun, sebanyak empat peratus daripada pendapatan ASB itu dirizabkan ke tahun hadapan sebagai persiapan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia.

Ahmad Sarji berkata, PNB memperuntukkan sebanyak RM4.22 bilion untuk pengagihan pendapatan ASB dan pembayaran bonus pula sebanyak RM678.03 juta.

Pembayaran itu akan dimanfaatkan kepada 6.56 juta pemegang unit dengan jumlah langganan sebanyak 62 bilion ASB.

Sehingga 10 Disember 2008, ASB telah memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM5.14 bilion.

Menurutnya, pendapatan dividen syarikat-syarikat pelaburan mewakili RM3.12 bilion atau 60.71 peratus daripada jumlah pendapatan kasar manakala keuntungan daripada penjualan saham pula sebanyak RM1.58 bilion atau 30.75 peratus.

Pendapatan sebanyak RM439 juta atau 8.54 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Kata beliau, pengiraan pengagihan pendapatan dibuat berdasarkan purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Pengiraan bonus pula berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula dari 1999 sehingga 2008.

Pembayaran agihan pendapatan dan bonus ASB akan dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 2 Januari 2009.

Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan bermula pada 19 Disember 2008 sehingga 1 Januari 2009 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

Kebaikan dan Kelemahan MyEG

•December 1, 2008 • Leave a Comment

bebaru ni aku dapat satu mail yg menceritakan ttg kebaikan dan keburukan penggunaan portal MyEG… portal nih menyediakan kemudahan kepada mereka² yg terlalu sibuk hingga tiada masa utk pergi ke JPJ atau polis trafik utk menyelesaikan masalah spt saman atau pembayaran renew roadtax dan seangkatan dgnnyer secara online… mmg memudahkan kita sebagai pengguna sbb tak perlu bersusah payah nak cari parking, nak kena ambik nombor pastu beratur panjang semata² nak renew roadtax… mmg senang seperti yg tersiar dlm kempen diorang kat tv tu… segalanya nampak mudah… tp sebenarnya mudah ker? kalu difikir balik rasanya tak semudah spt yg diiklankan tu… berikut adalah merupakan email dari orang yg telah menggunakan portal tersebut… hanya dgn sekali klik sahaja (kata mereka)…. mungkin lepas nih pihak yg berkenaan akan tampil utk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yg ada utk memudahkan org ramai..

***************************************************************************************

ada kelebihan dan keburukan myeg ni. saya dah pernah cuba.

kelebihan
1) jimat masa. tak payah terkejar2 ke sana sini. seme boleh buat depan komputer kat opis ker atau kat umah ker.

2) boleh renew road tax and insuran kereta sekaligus.

3) bayar guna kredit card atau link ke akaun maybank, public dll

kekurangan
1) payment ambil masa untuk “lepas”. kena cuba banyak kali

2) kena pepandai sendiri isi maklumat kereta yg tertera dlm geran keta. (ada org tak suka buat sebab leceh)

3) so far ada dua pilihan sahaja utk renew road tax: cimb aviva atau maybank (tak ingat namanya).

4) road tax sampai lambat. janji dihantar ke rumah dalam masa seminggu. dlm kes saya tak sampai2 …  kena call baru dorg hantar.

YANG PALING LECEH …….
maklumat road tax yang baru TIDAK AKAN dikemaskini pada geran kereta.  Imagine kalu ada accident and nak wat claim mmg haru jadinya. Sebab owner keta kena amik geran keta dari bank (kalu owner tak pegang geran sendiri), lepas tu bawa geran tu ke pejabat atau agen myeg terdekat utk update maklumat road tax yang baru tu. Untuk makluman, owner sahaja boleh buat seme bende ni sebab cap jari owner diperlukan utk pengesahan online. Kan leceh tu? dan itulah yang terjadi kat saya. (setahu saya bab owner kena update geran keta sendiri ni tidak dimaklumkan dlm website myeg … tatau la kalu dorg dah update maklumat ni sekarang)

so based on my personal experience, saya tak galakkan guna servis myeg … bukannya nak menghalang … tapi banyak yang melecehkan dari menyenangkan. lain le kalu ada yg tak kisah road sampai lambat atau mmg bley confirm keta takan accident sampai bila2. hehe.

 

 

Kamera aku dah rusak….

•December 1, 2008 • Leave a Comment

 

 

Kemarin tengah aku dok ejas nak snap pic anak aku, ntah camner kamera aku terjatuh la plak… adoi… Arrrgghhh…. Tesen gilozz….kalu jatuh dari belakang ok ler.. ni tak… sekali jatuh lens dulu… sekali zooming lens tu bengkok da..Dia terkeluar dari rail…. aku dah buka housing dia… ok jer… senang gak la…  tp bila time nak buka skru lens dia, tak boleh la plak sampai rosak phillips srew tu… huhuhu… ini macam kalu kena la hanto kat kedai gak… warranty masih ada tp kompom tak bley nak guna lagi dah sbb kerosakan yg bukan dari faktor manufacturing… senang cakap akibat kelalaian sendrik…. takper la nnt aku gi hanto kamera tu kat kedai dia balik… baper caj yg akan dikenakan nnt tu aku pon tatau… jgn caj melebihi rega kamera tu dah ler… rugi berkandaq woii… masa aku beli rega dia RM600.. skang nih tatau dah tinggai baper… baru jer stawon lebey aku guna….

 

Mungkin dia merajuk kot… hehheeh… sbb dah berkali aku dok cakap nak beli kamera baru… hmmm… kamera baru… mungkin tawon depan baru bleh beli kot… what i’m prefer? Hmmm… aku dok pk nak beli antara product Sony atau Nikon… Dah nak mula menceburkan diri dlm pelaburan yg tiada had dan sempadan nih…. dari segi rega dan kualiti certainly Nikon win… tp yg penting creativity utk menampilkan hasil yg berkualiti dan menarik… kah.. kah… kah…. Mcm ler aku ni dah semipro atau pro… menda tu pon aku blom penah main lagi… pegang ader la….  Hehehehe….

 

Ni lah dia kamera yg aku guna skrg… Canon A550… aku rasa model nih dah tak produce dah kot…

 

Canon PowerShot A550

 

Kurma, Kismis Dan Madu

•December 1, 2008 • Leave a Comment

Sabda Rasulullah  s.a.w

“Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika  puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat.

1)  KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

“Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)”.

Abu Abdillah a.s. bersabda:
“Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda:
“Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s.   bersabda:
“Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian”.

“Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat  menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan  lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali  a.s. bersabda:
“Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi”.

“Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,  menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan
menyehatkan  jiwa”.

3) MADU

Nabi Muhammad  SAW bersabda:
“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan nasehat Al-Qur’an,
maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit”.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia  meminum madu”.

“Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat  mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam  dada”.

“Allah SWt telah  meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai  obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda:
“Madu  adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya,  ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:
“Rasul saw  sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda:
“Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu  meminum madu dan membaca Al-Quran”.