Kebaikan dan Kelemahan MyEG

bebaru ni aku dapat satu mail yg menceritakan ttg kebaikan dan keburukan penggunaan portal MyEG… portal nih menyediakan kemudahan kepada mereka² yg terlalu sibuk hingga tiada masa utk pergi ke JPJ atau polis trafik utk menyelesaikan masalah spt saman atau pembayaran renew roadtax dan seangkatan dgnnyer secara online… mmg memudahkan kita sebagai pengguna sbb tak perlu bersusah payah nak cari parking, nak kena ambik nombor pastu beratur panjang semata² nak renew roadtax… mmg senang seperti yg tersiar dlm kempen diorang kat tv tu… segalanya nampak mudah… tp sebenarnya mudah ker? kalu difikir balik rasanya tak semudah spt yg diiklankan tu… berikut adalah merupakan email dari orang yg telah menggunakan portal tersebut… hanya dgn sekali klik sahaja (kata mereka)…. mungkin lepas nih pihak yg berkenaan akan tampil utk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yg ada utk memudahkan org ramai..

***************************************************************************************

ada kelebihan dan keburukan myeg ni. saya dah pernah cuba.

kelebihan
1) jimat masa. tak payah terkejar2 ke sana sini. seme boleh buat depan komputer kat opis ker atau kat umah ker.

2) boleh renew road tax and insuran kereta sekaligus.

3) bayar guna kredit card atau link ke akaun maybank, public dll

kekurangan
1) payment ambil masa untuk “lepas”. kena cuba banyak kali

2) kena pepandai sendiri isi maklumat kereta yg tertera dlm geran keta. (ada org tak suka buat sebab leceh)

3) so far ada dua pilihan sahaja utk renew road tax: cimb aviva atau maybank (tak ingat namanya).

4) road tax sampai lambat. janji dihantar ke rumah dalam masa seminggu. dlm kes saya tak sampai2 …  kena call baru dorg hantar.

YANG PALING LECEH …….
maklumat road tax yang baru TIDAK AKAN dikemaskini pada geran kereta.  Imagine kalu ada accident and nak wat claim mmg haru jadinya. Sebab owner keta kena amik geran keta dari bank (kalu owner tak pegang geran sendiri), lepas tu bawa geran tu ke pejabat atau agen myeg terdekat utk update maklumat road tax yang baru tu. Untuk makluman, owner sahaja boleh buat seme bende ni sebab cap jari owner diperlukan utk pengesahan online. Kan leceh tu? dan itulah yang terjadi kat saya. (setahu saya bab owner kena update geran keta sendiri ni tidak dimaklumkan dlm website myeg … tatau la kalu dorg dah update maklumat ni sekarang)

so based on my personal experience, saya tak galakkan guna servis myeg … bukannya nak menghalang … tapi banyak yang melecehkan dari menyenangkan. lain le kalu ada yg tak kisah road sampai lambat atau mmg bley confirm keta takan accident sampai bila2. hehe.

 

 

Advertisements

~ by zaidiramly on December 1, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: